Muzium Maritim Brunei Darussalam: Serlahkan Kegemilangan Silam Brunei
- Oleh: Musa Mohidin / Foto : Pg. Amirulnizam Pg. Haji Mohd. Ali dan ihsan Unit Penggambaran, Jabatan Muzium-Muzium
belayar membawa muatan perdagangan di antara Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara luar
beberapa ratus tahun dahulu.
Muzium tersebut yang mampu menerima 200 pelawat sekali gus pada masa yang sama merupakan muzium terbaharu di dalam kumpulan muzium-muzium di bawah pengurusan Jabatan Muzium-Muzium.
Misi Muzium Maritim Brunei Darussalam ialah 'untuk memelihara sejarah maritime Brunei dengan artifak-artifak yang mempamerkan peranan Negara Brunei Darussalam sebagai kota perdagangan dan penempatan utama'.
bersesuaian dengan penglibatan Negara Brunei Darussalam sebagai pusat perdagangan yang masyhur pada zaman dahulu.
Galeri pameran
Terdapat tiga galeri pameran di dalam Muzium Maritim Brunei Darussalam.
Galeri 1 : Kapal Karam Brunei
Galeri ini mempamerkan penemuan Kapal Karam Brunei pada tahun 1997 yang merupakan sebuah penemuan penting dalam sejarah maritim Negara Brunei Darussalam. Artifak-artifak di dalam galeri ini menggambarkan peranan Brunei dalam perdagangan maritim dengan negara-negara luar pada akhir Abad Ke-15 sehingga awal Abad Ke-16 Masihi.
Galeri 2 : Kota Batu Sebagai Pusat Perdagangan
Kota Batu merupakan tapak arkeologi penting di Negara Brunei Darussalam. Tapak ini merupakan ibu kota Brunei Tua pada Abad Ke-14 - 17 Masihi.
Tapak ini berperanan sebagai pusat pentadbiran Brunei, pusat perdagangan dan pusat pemukiman utama Brunei. Selain itu, Galeri 2 ini juga memperlihatkan peranan sungai dalam mengembangkan rangkaian perhubungan perdagangan Negara Brunei Darussalam dengan negara-negara luar melalui Pulau Terindak.
Galeri 3 : (Pameran Sementara): Menyusuri Lautan Quanzhou dan Negara Brunei Darussalam Dalam 'Lautan Sutera Maritim'
Hubungan kerjasama di antara Negara Brunei Darussalam dan China telah wujud seawal 2,000 tahun dahulu melalui 'Lautan Sutera Maritim'. Hubungan di antara kedua-dua negara menjadi lebih kerap pada kurun Abad Ke-5 dan ini berterusan sehingga kurun Abad Ke-10 dan Abad Ke-14 sehingga Abad Ke-15.
pada tahun 1997. Artifak seumpama ini terdapat di Galeri 1 : Kapal Karam Brunei.
'Lautan Sutera Maritim' telah menyatukan cerita dua budaya sepanjang zaman dahulu sehingga sekarang.
Sejarah Ringkas
Pembinaan Muzium Maritim Brunei Darussalam adalah di bawah Rancangan Kemajuan Negara Ke-10 dengan menelan belanja BND5 juta. Bangunan tersebut dibina di atas tapak tanah seluas 3.53 hektar (8.74 ekar).
Kurator Arkeologi, Dayang Aminah binti Haji Majid seterusnya mengambil alih tugasan tersebut setelah Awang Matzin cuti bersara.
Khidmat jasa tenaga ikhtisas
Muzium Maritim Brunei Darussalam mempunyai beberapa pegawai pakar dalam bidang penyelidikan dan juruuruk khusus dalam bidang arkeologi.
Di samping itu, Muzium Maritim Brunei Darussalam juga mempunyai kumpulan penyelam yang telah mendapat sijil penyelam dalam peringkat Open Water dan Advanced Open Water dari pihak syarikat Poni Divers.
Pembukaan rasmi
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Timbalan Sultan telah berkenan berangkat menyempurnakan Majlis Perasmian Muzium Maritim Brunei Darussalam pada 23 Mac 2015 tiga bulan yang lalu.
Promosi Muzium Maritim Brunei Darussalam di sepanjang tahun 2015 Bagi mempromosikan Muzium Maritim Brunei Darussalam di sepanjang tahun 2015, pihak muzium tersebut mempunyai senarai aktiviti berikut.
yang dipamerkan di Galeri 2 : Kota Batu Sebagai Pusat Perdagangan.
Maritim' yang masih berlangsung di Muzium Maritim Brunei Darussalam. Pameran sementara ini bermula pada 23 Mac 2015 hingga 20 Oktober 2015 nanti.
Kedua ialah acara bertajuk 'Muzium RACE' yang akan diadakan pada bulan Ogos 2015 nanti di mana Muzium Maritim Brunei Darussalam adalah merupakan salah sebuah medan bagi acara tersebut.
Dan ketiga ialah Majlis Pelancaran Shipwreck Tablet Application and Educational Pack yang akan berlangsung pada bulan Ogos 2015 nanti. Acara ini bertujuan untuk menambah nilai kemudahan di dalam galeri-galeri yang terdapat di dalam Muzium Maritim Brunei Darussalam.
No comments:
Post a Comment